Microsoft word - istilah sains.doc

Istilah Sains dalam Teks Bacaan Umum
Rusli Abdul Ghani
Zaiton Darois
(Diterbitkan dlm Jurnal Rampak Serantau Bil 8 2001) Penghargaan
Kami dengan takzimnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd kerana mengizinkan DBP
memanfaatkan sebahagian daripada bahan terbitan mereka sebagai
data korpus bahasa Melayu. Sumbangan ini amat besar ertinya
dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu.
1.0 Pendahuluan
Perancangan taraf dan perancangan korpus merupakan dua mata daripada serampangperancangan bahasa yang menjadi adiagenda DBP sejak penubuhannya1 lagi.
Perancangan bahasa yang secara umum boleh ditakrifkan sebagai “… a body of ideas,laws and regulations (language policy), change rules, beliefs, and practices intendedto achieve a planned change (or to stop change from happening) in the language usein one or more communities….” (Rubin dan Jernudd 1971) harus dilaksanakan secarasedar dan sengaja dalam suatu kerangka tindakan yang menyeluruh dan berterusan(Anton M. Moeliono 1985; Asmah Haji Omar 1985; Cooper 1989; Tollefson 1991).
Perancangan bahasa sering kali bermula dengan perancangan taraf.
Perancangan taraf pula berkait dengan peruntukan undang-undang atau perumusandasar yang dapat memastikan sesuatu bahasa itu terus berkembang secara terancangdengan mencongakkan aral yang bakal melintang (Fishman 1974; Haugen 1972;Haugen 1987; Jones 1998; Jones 2000; Vikor 1994). Bagaimanapun, perancangantaraf tidak mempunyai apa-apa erti tanpa pengisian daripada perancangan korpus(Awang Sariyan 1996:8; Schlyter 1998).
1 Agenda dan amanah ini diperjelas dan diperluas dalam Akta DBP 1959 (semakan 1978, pindaan dan perluasan 1995).
Salah satu aspek utama pembinaan bahasa vis-à-vis perancangan bahasa di Malaysia sejak dini-dini lagi ialah penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
Pembinaan bahan istilah ini dilihat sebagai asas kepada penghasilan dan penjanaanwacana ilmu dalam bahasa Melayu.
Antara kumpulan terawal2 yang diberikan tanggungjawab untuk membentuk istilah sains ialah Jawatankuasa Istilah Kajihayat,3 Jawatankuasa Istilah Perhutanan4dan Jawatankuasa Istilah Pertanian dan Tanam2an.5 Hasil kerahan minda ketiga-tigajawatankuasa ini diterbitkan dalam Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian(DBP 1968).
Usaha murni ini pula dilanjutkan dan diperluas dengan penggubalan istilah dalam cabang-cabang ilmu teras dan terapan yang utama seperti kimia, matematik,6fizik,7 biologi,8 geologi, kejuruteraan9 dan perubatan di bawah payung JawatankuasaTetap Bahasa Malaysia dan naungan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim).10 Berkat kegigihan pelbagai jawatankuasa istilah tersebut makatersajilah ratusan ribu istilah dalam puluhan buku dan glosari istilah.
Namun, peringkat pembentukan istilah ini sering kali terasakan sebagai berlegar di sekitar graha DBP sahaja dengan penglibatan utama pakar-pakar bidangyang dibantu pegawai istilah. Bagaimana dengan pengguna dan penggunaan istilah?Pengguna istilah (penulis, penterjemah dan sebagainya) itulah protagonis sebenarnyadalam keseluruhan senario peristilahan kerana semua istilah yang tercipta tidakmempunyai apa-apa fungsi selagi tidak teruntai dan terungkap dalam sesebuah karyailmiah.
Justeru itu, sudah tiba masanya kita meneliti satu lagi butiran dalam perancangan bahasa yang sering kali terabaikan. Butiran ini merangkumi aspekpenerimaan dan penggunaan korpus yang dihasilkan dan disebarluaskan oleh pihakyang berwewenang (dalam kes peristilahan di Malaysia, pihak ini ialah DBP). Sesuatuperancangan korpus bahasa itu hanya dapat dikatakan berjaya terlaksana apabilakhalayak sasaran menerima dan memakai bahan bahasa yang disajikan. Peripentingnya elemen ini dalam perancangan bahasa sebenarnya sudah disedari olehDBP dari mula lagi seperti yang tercatat dalam Penyata Tahunan Dewan Bahasa danPustaka (DBP 1959:3); “ … pandangan dan sambutan orang-ramai itu merupakan sa-olah2 orang-ramai sudah bersedia mengakui Dewan sa-bagai puncha yang berkelayakan dalam segala halyang mengenai bahasa dan sastera. Kesimpulan ini berdasarkan beberapa sebab, di-antara-nya … (ii) Perhatian orang bertambah kuat terhadap istilah2 yang di-chadangkan olehDewan, terutama dari kalangan2 pereman .…” Aspek penerimaan dan penggunaan inilah yang menjadi fokus penelitian kami 2 Jawatankuasa istilah pertama yang ditubuhkan pada 15 Januari 1957 ialah JKI Kerajaan (Ismail Dahaman 1992:2).
3 Ditubuhkan pada 5 Julai 1965 (DBP 1968:xiii).
4 Ditubuhkan pada 31 September 1958 (Abdullah Hassan 1992:316).
5 Ditubuhkan pada 27 Mei 1958 (DBP 1968:xiii).
6 Lihat sebagai contoh Shaharir Mohd. Zain (1992) 7 Lihat sebagai contoh Muhammad Yahaya (1989).
8 Lihat sebagai contoh Rusli Abdul Ghani (1988).
9 Lihat sebagai contoh Wan Abu Bakar Wan Abas (1992).
10 Lahir dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972 dan menjadi Mabbim pada 4 November 1985 dengan penerimaan Negara Brunei Darussalam sebagai anggota penuh.
2.0 Kerangka Penelitian
Aspek penerimaan dan penggunaan dalam perancangan bahasa boleh dilihat dariberaneka sudut dan pada pelbagai peringkat. Antara kajian yang dapat dilakukanuntuk menilai aspek ini ialah kajian penggunaan bahasa (lihat antara lain Wan HashimWan Teh 1996), penilaian taraf (sebagai contoh lihat Hassan Ahmad 1996) dan kajiansikap (Halimah Haji Ahmad 1994).
2.1 Batas Penelitian
Dalam penelitian ini kami memilih untuk menumpukan perhatian terhadappenggunaan istilah sains dalam teks bacaan umum terbitan DBP dan terbitan luarDBP.
Pendekatan kami ini didorong oleh jenis data teks yang sedia ada dalam Pangkalan Data Korpus11 Bahasa Melayu DBP. Data ini pula diteliti berbekalkanandaian bahawa editor DBP merupakan kelompok terdekat dan paling langsungdengan kerja-kerja penciptaan istilah. Justeru bahan peristilahan yang terdapat dalamhasil usaha mereka seharusnya tekal dan kemas kini kerana merekalah penerima danpemakai awal sebarang istilah atau pedoman istilah mutakhir.
Di samping itu, perbandingan bentuk-bentuk istilah yang digunakan dalam terbitan DBP dengan bentuk yang terdapat dalam terbitan luar DBP akanmemperlihatkan secara umum keberkesanan penyebaran istilah oleh DBP.
Pada kesempatan ini kami hanya dapat memanfaatkan data teks yang sedia terakamdalam PDK. Memang ada banyak teks sains (terjemahan dan karya asli) yang termuatdalam pangkalan kami, tetapi sebahagian besarnya merupakan teks pengajian tinggiterbitan DBP sahaja (belum ada teks pengajian tinggi daripada penerbit luar yangterakam). Oleh itu, kami menggunakan teks sains untuk bacaan umum supaya kajianperbandingan yang saksama dapat dilakukan.
Buku-buku yang digunakan dalam penelitian ini termasuklah Asma (Rahmat Haroun 1992), Mata dan Penglihatan (Shahrin Ismail 1994), Gangguan Tidur(Dzulkifli Abdul Razak 1995a), Sakit Kepala (Dzulkifli Abdul Razak 1995b),Kehamilan (Mohd. Hamim Rajikin 1998), Wanita dan Masalah Kesihatan (JamilahJamaludin 1998). Penyakit Untut (Noor Hayati Mohd. Isa 1999) dan Haid (Mohd.
Hamim Rajikin 2000).
Secara kebetulan teks di atas merupakan hasil usaha dua penerbit sahaja, iaitu DBP dan Penerbit Fajar Bakti (FB). Hakikat ini membolehkan kami membuat kajianbandingan tentang penggunaan istilah dalam buku DBP dan buku FB.
2.3 Pemprosesan
Data diproses dengan menggunakan sistem MATA12 (Malay Text Analysis) yangmerupakan sebahagian daripada sistem korpus DBP. Pemprosesan teks menghasilkantiga senarai kata, iaitu senarai kata dasar (Root Word), senarai kata yang tidakdikenali (Unknown Word) dan senarai kata yang tidak sah (Invalid Word). Selain itu, 11 Sesudah ini diringkaskan kepada PDK.
12 Sistem analisis teks yang dibangunkan oleh Unit Terjemahan Melalui Komputer, USM.
maklumat statistik tentang teks turut dipaparkan seperti yang dapat dilihat dalamRajah 1 (teks DBP) dan Rajah 2 (teks FB).
Rajah 1 Paparan Analisis Teks Bahan Terbitan DBP
Rajah 2 Paparan Analisis Teks Bahan Terbitan Fajar Bakti
Senarai kata dasar dijanakan berdasarkan perbandingan dengan entri kamus sistem MATA, yang diasaskan pada kata masukan Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP1994).13 Senarai ini terdiri daripada kata dan istilah umum (seperti dalam Rajah 3 dan4).
Rajah 3 Senarai Istilah daripada Bahan Terbitan DBP
Rajah 4 Senarai Istilah daripada Bahan Terbitan Fajar Bakti
13 Oleh itu, secara teoretis semua bentuk kata yang disenaraikan dalam senarai ‘Root Word’ berupa entri Kamus Dewan.
Senarai ‘Unknown Word’ pula terdiri daripada bentuk kata yang tiada dalam kamus sistem, terutamanya istilah teknikal, nombor, nama khas, singkatan, perkataanasing serta kata umum yang bergabung dengan partikel (terutamanya –lah) dan –nya.
Senarai “Invalid Word’ terdiri daripada bentuk yang disalah eja dan tidak dikenal pasti oleh sistem sebagai bentuk kata dan langsung diabaikan dalamperbincangan seterusnya. Selain itu, bentuk istilah yang berupa ralat tipografi dankekhilafan editorial, seperti ‘prostaglaudin,’ ‘orgnisma,’ ‘progestron’ dan‘antihistmin’ turut dikesampingkan.
Daripada senarai ‘Root Word’ dan senarai ‘Unknown Word’ yang dijanakan oleh MATA, kami mengasingkan istilah-istilah sains yang digunakan dalam teks DBPdan teks FB untuk dianalisis selanjutnya.
3.0 Analisis
Senarai istilah daripada teks DBP dan teks FB diteliti dari dua sudut pendekatan.
Pertama, sama ada istilah yang digunakan itu bertaat asas pada pedoman umumpembentukan istilah (DBP 1975; DBP 1991) dan kedua, sama ada istilah yang dipakaiitu istilah lama atau istilah mutakhir.
3.1 Pedoman Umum
Dari sudut pedoman istilah, kami mengenal pasti sama ada bentuk-bentuk istilah yangdigunakan dalam teks itu selaras atau tidak dengan pedoman umum pembentukanistilah dan juga pedoman khusus14 bidang masing-masing.
3.1.1 Patuh Pedoman
Dalam senarai istilah yang diteliti, sebahagian besarnya berupa istilah pinjamandaripada bahasa Inggeris. Oleh itu, masalah utama yang dihadapi ialahpentranskripsian istilah asing ke dalam bahasa Melayu. Pengamatan kamimenunjukkan bahawa hal ini telah digarap dengan tekal dan tepat oleh DBP dan FB.
Perhatikan contoh-contoh yang berikut: i. Istilah Inggeris yang ditutupi gugus konsonan –sm ditambah dengan vokal a padahujungnya lalu menjadi ‘sma’ (DBP 1991:34). Misalnya, 14 Misalnya, pedoman khusus tatanama ubat-ubatan (DBP 1987b:xxxii) dan pedoman tatanama drug dan bahan farmaseutik (DBP 1989: xvii).
ii. Akhiran Inggeris –ism dan –ysm menjadi ‘–isme’ (DBP ibid.:31; DBP 1988:xxxi).
Sebagai contoh, iii. Istilah dengan akhiran –icide menjadi ‘–isid’ (DBP 1987b:lvii). Misalnya, iv. Bentuk-bentuk istilah yang berakhiran –itis dengan maksud “radang” kekal ‘–itis’juga. Bentuk begini merupakan jenis istilah yang paling banyak terdapat dalam teksyang kami teliti. Perhatikan contoh yang berikut; Selain contoh di atas terdapat juga bentuk-bentuk istilah yang mematuhi pedomanseperti ‘vasektomi’ (–ectomy menjadi –ektomi), hemofilia (–philia menjadi –filia),fotofobia (photo– menjadi foto– dan –phobia menjadi –fobia) dan spirometri (–metrymenjadi –metri). Bagaimanapun, kekerapan istilah ini tidaklah begitu tinggi.
3.1.2 Berbeza Pedoman
Ada beberapa istilah yang digunakan dalam teks dengan konsisten tetapi tidakmenepati pedoman peristilahan DBP yang sedia ada. Perhatikan contoh di bawah: i. Istilah bagi anion berakhiran -ide menjadi ‘–ida’ (DBP 1987a:xx). Pedoman iniditaati DBP tetapi tidak FB. Misalnya, ii. Istilah dengan akhiran –ine menjadi ‘–ina’ (DBP 1989:xxv). Bagaimanapun, istilahbegini yang berupa nama dagang atau nama generik ubat-ubatan dikekalkan ejaan asalmasing-masing (DBP 1987b:xxxii). Namun teks FB secara tekal tidak mengikutpedoman ini. Misalnya, iii. Akhiran –logist yang mendukung maksud “ahli atau pakar” dipadankan dengan‘ahli/pakar + bidang kepakaran.’ Misalnya, biologist menjadi ‘ahli biologi’ danradiologist menjadi ‘pakar radiologi.’ Bagaimanapun, teks FB secara tekalmentranskripsikan –logist kepada ‘–logis.’ Perhatikan contoh di bawah; 3.2 Istilah Lama Istilah Baru
Dapatan kami menunjukkan bahawa kebanyakan istilah yang digunakan dalam tekskajian merupakan istilah terbaru. Hanya terdapat empat istilah yang boleh kamikelaskan sebagai istilah lama seperti yang ditunjukkan di bawah; Istilah ‘hampagas’ (vacuum) yang digunakan dalam teks FB boleh dikategorikan sebagai istilah usang (istilah barunya ialah vakum) keranapemakaiannya tidak lagi disyorkan.
Selain itu, istilah lama seperti ‘gelemair’ dan ‘gelemaca’ masih digunakan oleh JKI Biologi (DBP 1988) manakala JKI Perubatan memilih ‘humor akueus’ dan‘humor vitreus’ (DBP 1987b) sebagai padanan bagi aqueous humour dan vitreoushumor. Demikian juga dengan padanan untuk ultraviolet. Istilah Perubatan (DBP1987b: 423) menggunakan ‘ultraungu’ manakala Istilah Kimia (DBP 1987c:305)memilih ultralembayung. Dalam hal ini, pihak DBP perlu berusaha untukmenyelaraskan istilah yang pelbagai bentuk ini dengan mengambil kira penggunaanistilah-istilah ini di pasaran terbuka.
4.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Secara keseluruhan, penggunaan istilah dalam teks DBP dan FB adalah tekal danbertaat asas pada pedoman umum pembentukan istilah bahasa Melayu.
Namun dalam aspek pedoman khusus, seperti tatanama kimia dan tatanama ubat-ubatan, ternyata ada perbezaan pedoman.
Soalnya sekarang adalah sama ada perbezaan ini disebabkan istilah atau pedoman yang digubal tidak sampai kepada pengetahuan penerbit luar atau sama adakelainan ini boleh diletakkan di pangkuan gaya penerbit (house style).
Sukar untuk diterima jika kita mengandaikan bahawa punca ketidakselarasan yang sedikit ini adalah disebabkan kaedah penyebaran atau sistem war-war yang tidakkesampaian kerana sebahagian besar istilah berpegang teguh pada pedoman.
Oleh itu, suatu kajian susulan perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi pengguna. DBP tidak harus segera cuci tangan tatkala terbitnya buku istilah. Dalam sebarang organisasi yang berorientasikan pelanggan, khidmatpascajual itu penting sekali.
Bibliografi
Abdullah Hassan 1992. “Perancangan Bahan Peristilahan” dalam Mior Hamzah Mior Hashim et al. (ed.) 1992. (Pertama kali terbit pada 1987 dalam 30 TahunPerancangan Bahasa Malaysia).
Anton M. Moeliono 1985. Pengembangan dan Pembinaan Bahasa: Ancangan Alternatif di dalam Perencanaan Bahasa. Jakarta: Penerbit Djambatan.
Asmah Haji Omar 1985. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.
Asraf (ed.) 1996. Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan 1996. “Bahasa Melayu di Malaysia: Suatu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya” dalam Asraf (ed.) 1996:1-17.
Cooper, R.L. 1989. Language Planning and Social Change. Cambridge: Cambridge DBP 1959. Penyata Tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka (Khusus-nya untok 1 August – 31 December 1959). Naskhah.
DBP 1968. Istilah Kajihayat, Perhutanan dan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan DBP 1975. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: DBP 1987a. Daftar Tatanama Kimia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP 1987b. Istilah Perubatan Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan DBP 1987c. Istilah Kimia Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan DBP 1988. Istilah Biologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP 1989. Istilah Farmasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP 1991. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (Edisi Semakan).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
DBP 1994. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dzulkifli Abdul Razak 1995a. Gangguan Tidur. Shah Alam: Penerbit Fajar BaktiDzulkifli Abdul Razak 1995b. Sakit Kepala. Shah Alam: Penerbit Fajar BaktiFishman, J.A. 1974. Advances in Language Planning. The Hague: Mouton.
Fishman, J.A., Ferguson, C.A. dan Das Gupta, J. (ed.) 1968. Language Problems of Developing Nations. New York: Wiley.
Halimah Haji Ahmad 1994. “Istilah Bahasa Melayu: Satu Analisis Kajian Sikap Bahasa.” Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar AntarabangsaPertama Jabatan Linguistik UKM-DBP: 15-16 September 1994.
Hassan Ahmad 1996. “Taraf Bahasa Melayu Selepas 40 Tahun” dalam Asraf (ed.) Haugen, E. 1972. The Ecology of Language. Stanford: Stanford University Press.
Haugen, E. 1987. Blessings of Babel: Bilingualism and Language Planning.
Ismail Dahaman 1992. “Pembentukan Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka” dalam Mior Hamzah Mior Hashim et al. (ed.) 1992. (Pertama kali terbit pada 1974dalam Dewan Bahasa).
Jamilah Jamaludin 1998. Wanita dan Masalah Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Jones, M.C. 1998. “Death of a Language, Birth of an Identity: Brittany and the Bretons” dalam Language Problems & Language Planning 22/2:129-142.
Jones, M.C. 2000. “Swimming Against the Tide: Language Planning on Jersey” dalam Language Problems & Language Planning 24/2.
Mior Hamzah Mior Hashim et al. (ed.) 1992. Ke Arah Pembentukan Istilah yang Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Hamim Rajikin 1998. Kehamilan: Bermulanya Satu Kehidupan. Kuala Mohd. Hamim Rajikin 2000. Haid: Antara Suka dan Duka. Kuala Lumpur: Dewan Muhamad Yahaya 1989. “Istilah Fizik di Peringkat Universiti dan Masalahnya” dalam Sulaiman Masri dan Zainal Abidin (ed.) 1989.
Noor Hayati Mohd. Isa 1999. Penyakit Untut: Mengenal, Merawat dan Mencegah.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmat Haroun 1992. Asma. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Rubin, J. dan Jernudd, B.H. (ed.) 1971. Can Language Be Planned. Honolulu: Rusli Abdul Ghani 1988. “Metamorfosis Istilah Biologi” dalam Dewan Bahasa Schlyter, B.N. 1998. “New Language Laws in Uzbekistan” dalam Language Problems & Language Planning 22/2:143.
Shaharir Mohd. Zain 1992. “Garis Panduan Pemiawaian Istilah Matematik” dalam Mior Hamzah Mior Hashim et al. (ed.) 1992.
Shahrin Ismail1994. Mata dan Penglihatan. Shah Alam: Penerbit Fajar BaktiSulaiman Masri dan Zainal Abidin (ed.) 1989. Kertas Kerja Seminar Penggunaan Istilah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tollefson, J. 1991. Planning Language, Planning Inequality. New York: Longman.
Vikor, L.S. 1994. “Norwegian Language Policy and Planning in an International

Source: http://dbp.gov.my/korpus/rampak.pdf

Microsoft word - 200509-drug-induced photosensitivity.doc

Detail-Document #200509 −This Detail-Document accompanies the related article published in− PHARMACIST’S LETTER / PRESCRIBER’S LETTER Drug-Induced Photosensitivity Lead author: Kelly M. Shields, Pharm.D. Drugs Reported to Cause Photosensitivity Reactions 1-11 Therapeutic Class Comments ( Zyrtec ), cyproheptadine ( Periactin ), diphenhydramine ( Benadryl ),

Http://www.soapboxmedia.com/blogs/posts/0907pgsittenfeldblog1.a

TWO HEADED DOG AT THE MAD HATTER IN COVINGTON / SCOTT BESELER | HIDE PHOTO GIVE US YOUR EMAIL AND WE WILL GIVE YOU OUR This week's blogger, P.G. Sittenfeld, subscribes to the adage that 'it takes a village' to educate a child. In this case, Sittenfeld, the Director of Community Engagement for The Community Learning Center Institute, says Cincinnati has much to be proud of

© 2008-2018 Medical News